Sepintas lalu, seungkap catatan..


Coretan ini adalah coretan terbuka, tanpa sebarang selindung dan telus. Sesiapa sahaja boleh memberikan komen pada artikel dan cbox..
Anda berhak menyatakan sesuatu sebagai pembaca yang mempunyai pandangan dan pendapat..

Ooi Ya, jangan lupa bagi makan ikan di kolam, jika anda masuk ke blog ini.
Untuk makluman pelawat blog ini, semua artikel berkenaan IT telah di pindahkan ke blog ZulbmMohd. Oleh sila ke sana untuk artikel IT...

Tuesday, April 19, 2016

Pemakanan Sunnah?? Apa yang anda faham?


Minggu lepas 12 April ada Usrah Wadiyyah sekolah aku; satu acara ko-kurikulum setiap Selasa kalau tak ada perhimpunan koko.

Bila aku lihat aje teks usrah "Pemakanan Sunnah" aku mula terbayang ni mesti makan kurma, kismis, madul, delima... tapi bila aku buka fail rupanya tidak seperti yang aku fikirkan. Aku ni 'kaki kritik' tak boleh silap... teruklah..

Teks bagus pemakanan sunnah dengan memberikan pendedahan makan ikut sunah, guna tangan kanan, makan bila lapar berhenti sebelum kenyang... makan makanan yang bersih dan halal dan banyak lagi.

Aku sebenarnya dah bosan dengan golongan yang mempergunakan agama untuk cari makan, terutama yang jual makanan Sunnah Nabi kononnya dengan macam-macam pekej yang semuanya nak 'kerik' pitih (kebas duit) kita.


Sebelum aku simpan fail usrah, aku bertemu dengan Ustazah Maizatul... aku tanya dia mana lebih banyak Nabi makan kurma, delima atau gandum?? Dia mungkin tak terlintas apa yang aku nak berhujah... dia cakap tak tahu.

Ada orang jual jus delima, kononnya ini makanan nabi, banyak khasiat. Katanya raja buah...cuba lihat bentuk kelompaknya macam mahkota raja...

Aku tanya dia mana lebih banyak nabi makan delima atau gandum?? Dia jawab gandum (sebenarnya nabi banyak juga makan barli).

Habis tak bungkus gandum, pakej elok-elok kata ini pemakanan sunnah??

Dia kata gandum tak banyak khasiat...

Aku tanya, engkau tak beramai manusia boleh hidup membesar kerana gandum. Aku tanya lagi kenapa wujud zakat fitrah dengan gandum tak ada zakat fitrah delima dan kurma atau jenis-jenis makanan yang sunnah lain tu??

Terduduk...



Aku cakap lagi, kalau aku bukan cikgu... tak ada kerja... aku jual tepung gandum 1 Malaysia yang telah dibaca al Quran 30 Juz. Aku akan cakap nabi makan gandum, malah nabi uli gandum dengan tangannya sendiri.

INI ADALAH PEMAKANAN SUNNAH... Apatah lagi telah dibaca dengan al Quran 30 Juz..!!!

Gandum 1 Malaysia yang harga RM2.20 itu aku akan jual dengan harga RM15 Malaysia RM20 Untuk Sabah/Sarawak.

Banyak mana aku boleh untung... Bila sebut agama, nabi, al Quran... orang akan lembut hati dan akan beli walaupun dia simpan gandum itu sehingga expire.. kerana tak sempat nak makan.

Malah aku cakap bukan gandum aje aku jual. Aku akan jual tayar yang telah dibaca dengan 30 Juz Al Quran malam Jumaat. Insya-Allah jika guna tayar ini akan mendapat keberkatan, perjalanan yang selesa tanpa gangguan hantu di lebuh raya (terutama LPT2) dan boleh mengelak daripada kemalangan.



Ini contoh kerja menjual agama...

Bayangkan kapsul minyak zaitum (gambar atas sekali) sebiji kandungan 500mg yang bersama ½ml aje dijual dengan harga RM10 untuk 20 biji.


Aku ambil contoh minyak zaitum yang agak mahal ialah keluaran HPA, harganya tak ingat lebih kuran RM48 untuk 700ml. Kalau di Mydin lagi murah...

700ml ni kalau dijadikan kapsul boleh buat duit RM1400.00

Orang Melayu Islam... orang datang jual kapsul tu, dia orang beli. Satu lagi jenis orang Melayu Islam (sebahagian besar Ustaz pula) datang menjual secara halus lebih memaksa... datang jumpa adik beradik, waris kerumah untuk jual pemakanan seperti ini. "Malu mata" (Malu) kita beli...

Nasihat pada kapsul tu makan sekurang 2 biji sehari... 2 biji lebih kurang 1 ml. Sedangkan aku beli untuk emak aku seperti gambar minyak Zaitum HPA di atas, makan sesudu sehari. Kalau tea spoon (sudu kecillah) dah 15ml. Tapi mak aku dulu makan sesudu besar...


 Di sekolah aku setiap bulan, "time gaji" (semasa gaji) adalah datang orang jual madu. Ramai cikgu-cikgu beli. Aku tak beli, walaupun madu makanan paling aku suka semenjak aku di Sarawak lagi... memang tak putus dengan madu terutama makan dengan roti.

Kenapa??

Bayangkan kalau madu yang dijual itu dicampur gula, walaupun sedikit.. Kita makan gula?? Ada cikgu yang tak makan gula, guna steva (sejenis pemanis daripada daun steva) tapi beli madu tersebut... dia sebenar bukan jaga kesihatan, tetapi dia menepah maut!!

Bagi aku biar orang kata aku kedekut, atau cerewet tetapi berhati-hati dengan pembelian madu adalah lebih baik...

Ini ada cerita menarik... semasa di kantin penjual madu datang kepada aku... Aku malas nak berhujah pasal madu... walaupun aku adalah info pasal madu ni...  jadi aku cakap aku tak suka madu, tujuan untuk hentikan percakapan...

Tapi nampaknya dia macam nak cuba dengan aku... Dia kata cikgu madu ni makanan sunnah, nabi makan madu...

Aku tahu pasal madu di mana Allah menegur nabi bila baginda bersumpah tak akan makan lagi (madu) bila dua orang isteri nabi (Habsyah dan Aisyah) kata bau busuk mulut nabi... sedangkan nabi tinggal lama dengan Zainab dan Zainab memberikan nabi makan madu. Sehingga turun ayat yang menegur kedua-dua isteri nabi berkenaan.

Tapi aku tak berhujah dengan hujah ini...

Aku hanya kata, banyak lagi sunnah nabi selain daripada makan madu... Baca al Quran, puasa, zikir...

Bila dia dengar aku kata macam tu... dia mula buat-buat nak kemas terus beredar... Masa Ciukgu Zam dan Jasli ada... tergelak Jasli..

Oleh kerana jam dah hampir pukul 10 malam, aku kena ambil anak aku di sekolah (kerja paling tension sekali).... aku rasa baik aku berhenti di sini dulu.

Sebelum berhenti aku nak perturunkan 21 Jenis Makanan Sunnah

1. AIR ZAM-ZAM
Air zam-zam memang terkenal sebagai air yang paling diberkati dan boleh mengubati pelbagai jenis penyakit denga izin Allah.

Dalam sebuah hadith shahih, Nabi SAW menyebut:
“Sesungguhnya air zam-zam adalah air yang diberkati, air tersebut adalah makanan yang mengenyangkan.”

Dianjurkan bagi setiap mukmin menikmati air tersebut jika memang mudah memperolehnya. Air tersebut juga boleh digunakan untuk berwudhu. Air tersebut boleh digunakan untuk beristinja’ (membersihkan kotoran setelah buang air). Air tersebut juga boleh digunakan untuk mandi junub jika memang ada keperluan untuk menggunakannya.

2. KURMA
Kurma banyak disebut di dalam al-Quran, antaranya dalam surah Mukminah ayat 19:

"Kemudian Kami tumbuhkan kerananya kebun kurma dan anggur untuk kamu. Disana kamu peroleh buah-buahan yang banyak dan sebahagiannya kamu makan"

Kurma merupakan "tenaga segera" kerana mudah diserap dan diproses. Ia juga mengandungi kandungan serat yang tinggi (3x lebih tinggi daripada pisang).

Nabi s.a.w. pernah bersabda:
"Rumah yang tiada kurma adalah rumah yang tiada makanan"

Sabda Nabi yang lain:
"Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’, dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu"

Khasiat kurma adalah sebagai penguat memori, penawar racun dan penawar pelbagai penyakit.

3. BUAH TIN
Buah tin juga sangat bermanfaat kepada umat manusia seperti yang diterangkan dalam surah At-Tin (surah ke 95 dalam Al-Quran) dimana Allah telah bersumpah di atas nama buah tin dan buah zaitun.

Antara khasiat buah tin termasuklah menyingkirkan toksin, mengurangkan batuk yang berpanjangan membersihkan hati dan mengurangkan lendir dalam usus.

Buah tin yang kering didapati membekalkan 6 kali lebih kalori daripada jenis basah (segar). Pengeringan buah tin telah mengakibatkan pemekatan nutrisi di dalamnya dimana ianya menjadi lebih kaya dengan pelbagai mineral dan zat galian, tetapi rendah sodium.

4. ZAITUN
Pokok zaitun ada disebut dalam Al-Quran, dalam surah An-Nur ayat ke-35.

Semenjak 1,400 tahun yang lalu, Nabi Muhammad S.A.W. telah menasihatkan umat Islam agar menggunakan minyak zaitun untuk kesihatan dan penjagaan badan, di mana Baginda S.A.W. sendiri menggunakannya sebagai minyak rambut.

Mengikut kajian, ia dikatakan dapat mengurangkan risiko penyakit kanser dan sakit jantung, merupakan sejenis antioksida dan digunakan sebagai produk kecantikan sejak berkurun lamanya.

5. BIJI HITAM (HABATUSSAUDA)
Dilaporkan bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda:

"Jadilah seperti biji habb al-sauda kerana biji ini ubat semua penyakit kecuali mati"

Adalah dilaporkan juga bahawa Allah Taala menunjukkan bahawa habatussauda itu menghapuskan angina dalam usus dan demam, baik merawat 'leukoderma', membuka urat yg halus dan menghilangkan penyakit selsema.

6. MADU LEBAH
Mempunyai pelbagai khasiat dan dianggap ibu segala makanan.

Apabila dicampur bersama air panas, boleh mengubati penyakit cirit-birit.

Sabda Nabi s.a.w.:
"Demi Allah yang aku dalam genggamanNya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk ke perutnya dan sejuta penyakit keluar darinya"

Rasulullah sendiri mengamalkan minuman madu; dicampurkan madu dengan segelas air dan minum setiap pagi ketika perut kosong.

Madu yg paling berkualiti adalah madu yang dikeluarkan dalam musim bunga dan musin panas, tetapi kurang berkualiti apabila dihasilkan di musim sejuk.

7. DELIMA
Allah menyebut buah delima (rumman) sebanyak 3 kali di dalam ayatNya untuk menunjukkan betapa hebatnya penciptaan Allah itu dan ia juga disebut sebagai buahan daripada syurga.

Dalam Surah ar-Rahman, ayat 68 Allah berfiman:
"Di dalam kedua- duanya (syurga) juga terdapat buah- buahan serta pohon kurma dan delima"

Terdapat banyak kajian dilakukan yang mana membuktikan delima bagus sebagai antioksida, mengelakkan sakit jantung dan mampu menstabilkan tekanan darah.


8. SUSU KAMBING
Rasulullah s.a.w pernah bersabda:

“Akan tiba suatu masa di mana kambing adalah sebaik-baik harta bagi orang Islam. Orang Islam akan memeliharanya di puncak-puncak bukit dan di lembah-lembah, hidup terpencil dari masyarakat demi memelihara agama daripada ditimpa bencana"

Mengikut kajian, susu kambing mampu membantu masalah seperti asma, reumatik, demam kuning, insomnia dan menguatkan tulang.

Khasiatnya dikatakan lebih baik daripada susu lembu dan hampir menyamai susu ibu.

9. ZA'FARON/SAFRON
Terlalu banyak dalam kitab menyatakan bahawa Za'faran sangat baik untuk kecerdasan minda. Dalam kitab Tibbul Imama A'li , muka surat 381, Saiyidina Ali (k.w) menyatakan dengan maksudnya:

"Sesiapa yg mengambil sebahagian Za'faran tulen dan Su'dun satu bahagian dicampurkan dengan 'asal (madu), diminum sebanyak dua misqal (dua sudu) pada setia hari, maka dia dikagumi tentang ingatannya sehingga dituduh melakukan zihir"

Za'faron ini mempunyai banyak khasiat lain, antaranya penyakit sawan, penyakit hati, demam, mati pucuk serta melancarkan pengaliran darah.

10. BARLI
Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan.

Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barli kepada orang yang mengidap demam.
Selain dari itu ia juga dapat mengurangkan kolesterol, melawaskan kencing, membantu sembelit dan mengurangkan risiko kencing manis (tetapi jangan campurkan dengan gula).

11. ROTI
Roti yang paling bagus adalah yang diperbuat daripada gandum (kerana mudah dicernakan). Sebaik-baiknya, roti dibiarkan sejuk dahulu sebelum dimakan, jika tidak, kita akan merasa haus apabila memakannya Manakala, roti yang lama dan tidak elok akan menyebukan perut

Nabi s.a.w. bersabda:
"Jangan potong roti dengan isau. Hormatilah roti itu dengan memotong dgn tanganmu kerana Allah menghormati roti itu"

12. HALIA
Halia disebut dalam ayat alQuran (ayat17, Surah Al-Insan) firman Allah Taala yang bermaksud:

"Dan mereka dalam Syurga itu diberi dari sejenis minuman yang campurannya dari zanjabil'.

Khasiatnya membantu penghadaman dan memanaskan badan. Halia juga dikatakan mampu melegakan rasa loya, penyakit sendi dan membantu pengedaran darah.

13. HALBA
Nabi s.a.w. pernah bersabda:

"Jika umatku tahu apa yang ada pada hulbah, mereka pasti membeli dan membayarnya dengan emas".

Antara khasiat hulbah membantu pengaliran haid dan berguna untuk menyembuhkan sakit perut (memulas). Wanita arab suka mengambil halba ni untuk cantikkan buah dada. Bagi ibu yang menyusu, halba menambahkan susu badan. Halba juga dapat membantu mengurangkan gula, merendahkan kolesterol, melegakan batuk kronik, bengkak gusi dan sebagai pembuka selera.

14. CUKA EPAL
Cuka epal mengandungi pelbagai khasiat dan dikatakan menjadi tonik kesihatan bagi masyarakat Greek. Cuka epal adalah cuka yang terhasil daripada proses farmentasi buah epal.

Nabi sangat sukakan cuka dan kadangkala mengamalnya bersama roti, sabdanya:
"Allah meletakkan keberkatan dalam cuka, ia telah digunakan oleh para nabi sebelum aku"

Ia dikatakan dapat menghilangkan kelesuan badan, mengubat penyakit hati, memecahkan lemak di badan, melancarkan pengaliran darah dan mengurangkan stress.

15. TIMUN
Daripada Abdullah bin Jaafar, diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah memakan timun bersama kurma. Dengan mengambil timun bersama kurma, ia dapat menghilangkan dahaga dan mengurangkan rasa panas badan. Tambahan pula, sifat timun yang tawar, enak dimakan bersama kurna yang manis.

Timun bersifat sejuk dan dingin, manakala kurma bersifat panas dan kering. Maka suhu badan akan menjadi seimbang. Disini Nabi mengajar kita, apabila kita mengambil makanan yang panas, seimbangkan semula suhu badan dengan makanan yang sejuk.

Di samping itu, timun juga mengandungi vitamin C yang mampu meredakan radang kulit dan juga mengandungi silika. Silika merupakan unsur penting yang diperlukan bagi menjamin kesihatan sistem saraf yang melibatkan otot, tendon, ligamen dan tulang

16. DAGING KAMBING
Daging kambing adalah makanan kegemaran Rasulullah. Negara barat sentiasa mengembang-gemburkan keburukan daging kambing, tetapi hakikatnya ia mempunyai banyak kelebihan.

Mengikut kajian daging kambing adalah daging yang paling baik untuk jantung, mengurangkan darah tinggi dan obesiti, mencantikkan kulit dan juga mengurangkan stress.

17. TEMBIKAI
Abu Daud dan Tirmizi meriwayatkan bahawa Aisyah pernah berkata,

“Rasulullah pernah memakan buah tembikai bersama-sama dengan buat tamar basah.”

Tembikai mengandungi 92 peratus air dan 8 peratus gula serta mengandungi antioksidan yang disebut lycopene yang mampu mencegah daripada pelbagai penyakit terutamanya kanser.

Nabi juga berkata wanita mengandung yang mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi karakter dan wajahnya.

18. ANGGUR
Di dalam surah Ar-Rad, ayat 4 Allah berfirman:

"Dan di bumi terdapat bahagian2 yg berdampingan, kebun-kebun anggur, tanaman2, pohon kurma yg bercabang dan yg tidak bercabang; disirami dgn air yg sama, tetapi Kami lebihkan tanaman yg satu dari yg lainnya dalam hal rasanya. Sungguh, pada yang demikian itu trdpt tanda2 (kebesaran Allah) bagi org2 yg mengerti"

Anggur dikatakan mempunyai pelbagai khasiat, antaranya mengurangkan keradangan, mencegah penyakit nyanyuk, melancarkan perjalanan darah dan membersihkan perut.

19. CENDAWAN
Drpd Said bin Zaid bin Amru bin Nufail r.a katanya: Aku pernah mendengar Nabi s.a.w bersabda:

“Cendawan adalah sejenis Manna (satu anugerah yg sgt istimewa) dan dapat mengubati mata”

Cendawan bukan shj sejenis makanan yg enak, malahan mempunyai pelbagai khasiat dan diakatakan menjadi penawar herba sejak zaman dulu lagi. Mengikut kajian yang telah dijalankan, ia dikatakan dapat meningkatkan system imun badan (terutamanya bagi pesakit kanser), juga berperanan melawan allergik dan radang.

20. LABU
Daripada Hadis Anas bin Malik r.a:

Seorang tukang jahit telah mengundang Rasulullah s.a.w untuk menghadiri suatu jamuan makan. Anas bin Malik berkata: Aku pergi bersama Rasulullah s.a.w menghadiri jamuan makan tersebut. Dia menghampiri Rasulullah s.a.w dan menghidangkan roti dari gandum serta kuah berisi buah labu dan daging bakar. Anas berkata: Aku melihat Rasulullah s.a.w mencari-cari buah labu dari dalam sahfah tersebut iaitu sebuah bekas makanan yang memuatkan makanan cukup untuk lima orang ”.

Selain kurma, Nabi juga menggemari labu. Ia dikatakan mempunyai pelbagai nutrisi dan zat yg baik utk tubuh badan, terutamanya bagi pesakit rabun malam dan diabetik. Ia juga berkhasiat bagi mengawal nafsu makan, merawat maslah kecacingan dan mencegah pembentukan batu karang.

21. GARAM
Amalan Rasulullah S.A.W memakan secubit garam sebelum dan selepas makan kini dibuktikan oleh sains bahawa tabiat ini menambahkan keberkesanan perut untuk menghadam makanan dan menghindarkan perut dari menyerap racun.

Daripada Abdullah Bin Umar, sabda Nabi s.a.w.:
" Sesungguhnya Allah menurunkan empat perkara berkat ( mempunyai kebaikan ) dari langit ( menerusi hujan ) ke bumi iaitu beis, api ,air dan garam"

Hadis Riwayat Al-Baghawiy dalam tafsirnya:
Dari Anas Bin Malik, nabi bersabda " Penghulu segala lauk pauk kamu ialah garam."


Ok ...





















1 comment: