Sepintas lalu, seungkap catatan..


Coretan ini adalah coretan terbuka, tanpa sebarang selindung dan telus. Sesiapa sahaja boleh memberikan komen pada artikel dan cbox..
Anda berhak menyatakan sesuatu sebagai pembaca yang mempunyai pandangan dan pendapat..

Ooi Ya, jangan lupa bagi makan ikan di kolam, jika anda masuk ke blog ini.
Untuk makluman pelawat blog ini, semua artikel berkenaan IT telah di pindahkan ke blog ZulbmMohd. Oleh sila ke sana untuk artikel IT...

Thursday, January 14, 2016

Telegram dulu dan kini


Masih ingat lagi selepas 'Whatsapp' keluar pula application 'Telegram'. Ada seorang guru yang berumur diminta untuk buat telegram bagi memudahkan komunikasi. Dia menjawab saya perlu ke Telekom ke?

Kami gelak... Bagi pelajar dia tak faham, tapi bagi kami yang hidup sudah berumur kami faham apa yang dimaksudkan oleh cikgu berkenaan.




 

Dulu penggunaan telegram adalah sistem perhubungan yang paling cepat selain telefon. Telefon jarang orang ada. Satu kawasan yang ada 50 buah rumah mungkin ada 1 ada 2 sahaja yang ada telefon. Suratlah perhubungan yang digunakan selain daripada poskad.


Telegram lebih cepat dan bayarannya mengikut patah perkataan yang ditulis. Pasal itu ayatnya pendek dan ringkas sahaja. Bentuk seperti di atas.

Biasanya dulu, sebut saja telegram - yang terbayang adalah berita tentang kematian, sakit tenat atau kemalangan. Pendek kata semuanya buruk. Pengalaman saya semasa di UTM Skudai, Johor bila terima berita ada telegram, saya dah sejuk ketar... tapi bila lihat abang minta balik segera ke Dungun, Terengganu kerana ada temuduga.

Perkhidmatan telegram diperkenalkan di Malaysia sejak tahun 1940-an lagi. Perkhidmatan telegram ini adalah melalui bantuan operator menggunakan Kod Morse.

Pada waktu itu, perkhidmatan telegram telah ditawarkan oleh Jabatan Telekom Malaysia (JTM) dan apabila jabatan tersebut diswastakan menjadi Syarikat Telekom Malaysia (STM) pada 1987, perkhidmatan itu terus kekal di bawah seliaan syarikat hinggalah evolusinya kepada Telekom Malaysia Berhad (TM) selepas itu.

Perkhidmatan telegram ditawarkan oleh TM mengguna pakai sistem Automatic Message Switching dan menggunakan sebuah teleprinter bagi menghantar, menerima dan mencetak pesanan-pesanan pelanggan.

Pihak TM telah pun memaklumkan kepada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan berkenaan hasrat menamatkan perkhidmatan telegram pada 2004 tapi Kementerian akhirnya meluluskan permohonan itu pada Mei 2012 sebelum penamatan perkhidmatan itu berkuat kuasa 1 Julai 2012.


Harga untuk setiap patah perkataan bagi telegram biasa ialah 10 sen manakala 20 sen setiap patah perkataan bagi telegram segera.

Sedangkan dengan kadar satu patah perkataan itu, anda kini boleh menghantar SMS dengan ayat penuh!





1 comment:

  1. Nota Tercicir...: Telegram Dulu Dan Kini >>>>> Download Now

    >>>>> Download Full

    Nota Tercicir...: Telegram Dulu Dan Kini >>>>> Download LINK

    >>>>> Download Now

    Nota Tercicir...: Telegram Dulu Dan Kini >>>>> Download Full

    >>>>> Download LINK

    ReplyDelete