Hari ini selepas solat zohor di Surau sekolah aku menyandar di dinding sambil mengadap keluar. Kelas tak ada, sekadar tunggu untuk pulang sahaja. Metting pun tak kena, nama aku tak ada.... selamat! Sambil membelek tie yang ter'jolor' (lebihan panjang...) keluar aku terpandang 100% silk. Aku terbingkas bangun... Sebelum ini aku tak ambil peduli pun.... pasal tie ni. Tie pun banyak aku dapat hadiah berbanding aku beli sendiri.
Lagi pun aku bukan suka sangat pakai tie... terpaksa. Ini aku dah tulis pasal tie, sila baca di sini (klik).
Kami (beberapa guru termasuk ustaz) berbalah kira-kira pasal sutera!! Betul ke 100% silk seperti yang ditulis. Aku menjawab ujian bakar boleh menentukan walaupun tak tepat 100%.