Khamis, 28/7/2011 aku lewat balik daripada sekolah, pukul 3.30 petang, sedang anak aku balik daripada sekolah pukul 3.00 petang. Belum solat, makan tengah hari belum lagi dibeli dan paling mudah beli sahaja di kedai paling dekat atau di sepanjang jalan ke sekolah anak aku.
Masa memilih lauk, aku di sapa daripada belakang di meja kedai makan tersebut. "Cikgu Zul, Assalamualaikum!". Aku toleh ke belakang. "Aku dulu kena tampar di cikgu" kata suara tersebut pada rakan-rakannya. Aku sekadar tersenyum.
"Cikgu tamparlah saya jadi orang" katanya lagi sambil mementik telefon yang agak mahal juga harganya.